Monday, November 12, 2018

Al-Baqarah Ayat 271

3.2.271
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 271:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat sebelum ini (245, 254, 261, 262, 263, 264, 265), ayat ini menerangkan bahawa bersedekah secara dzahir adalah baik bagi kamu dan jika memberi secara sembunyi itu juga lebih baik bagi mu yang dapat menghapus dosa-dosa kamu.

Disini ada dua kaedah bersedekah yang diterima oleh Allah;

1. Bersedekah secara dzahir, iaitu memberi sedekah terus secara terang-terangan bagi maksud kebaikan bersama.

2. Bersedekah secara sembunyi, iaitu memberi sedekah melalui perantara kepada fakir meskin  sehingga mereka yang menerima sedekah itu tidak tahu siapa yang memberi sedekah itu.

Oleh itu mengeluarkan zakat dan bersedekah hendaklah dengan cara terang-terangan adalah lebih baik untuk mengelak fitnah dan tomahan orang yang menyangka dia tidak mengeluarkan zakat dan menjadi contoh kepada yang lain supaya sama-sama beramai menghulurkan sedekah membantu orang meskin.

( ..... lihat ayat 274, tentang sedekah siang dan malam).

.
[previous] [next] [next]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     





No comments:

Post a Comment