Monday, November 12, 2018

Al-Baqarah Ayat 273

3.2.273  
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 273:
.

Ringkasan tafsir;

Ayat ini mengingatkan kepada umat Muhammad bahawa jangan lupa memberi sedekah kepada fakir meskin yang tidak menonjol diri untuk pergi meminta-meminta dikhalayak ramai, kadang-kadang mereka ini disangka kaya raya kerana tidak menunjuk diri mereka itu meskin.

Mereka ini terdiri dari

1. golongan terkurung oleh kepapaan dan kemiskinan kerana kehidupan mereka ditumpukan semata-mata untuk berjuang kerana Allah.

2. golongan mengurung kebebasan diri untuk mentaati Allah (ahli Suffah).

3. golongan orang yang luka  dan tercedera dimedan perang.

4. golongan orang yang cacat anggota kerana berjuang kerana Allah.


(berbicara tentang SEDEKAH dan ZAKAT, lihat juga ayat berikut 245, 254, 261, 262, 263, 264, 265, 267, 268, 269, 271, 272, 273, 274, 282).

.
[previous] [next] [home] 

.
.
RUJUKAN SUMBER,  

Juzuk
3, Surah:2 Terjemahan, 271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     



.

Al-Baqarah Ayat 272

3.2.272  
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 272:
.
Ringkasan tafsir;

Ayat ini menerangkan tentang zakat dan sedekah, yang mana zakat itu hanya boleh diberi kepada umat Islam sahaja, dan sedekah itu pula hendaklah diutamakan diberi kepada muslimin, tapi tak mengapa sedekah itu diberi kepada jiran kafir zimmah (kafir yang dilindungi oleh kerajaan Islam dan mematuhi undang-undang negara Islam).

.
[prevuous] [next] [home]



.
RUJUKAN SUMBER,  
Juzuk
3, Surah2, 
Terjemahan,
271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    




.   

Al-Baqarah Ayat 271

3.2.271
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 271:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat sebelum ini (245, 254, 261, 262, 263, 264, 265), ayat ini menerangkan bahawa bersedekah secara dzahir adalah baik bagi kamu dan jika memberi secara sembunyi itu juga lebih baik bagi mu yang dapat menghapus dosa-dosa kamu.

Disini ada dua kaedah bersedekah yang diterima oleh Allah;

1. Bersedekah secara dzahir, iaitu memberi sedekah terus secara terang-terangan bagi maksud kebaikan bersama.

2. Bersedekah secara sembunyi, iaitu memberi sedekah melalui perantara kepada fakir meskin  sehingga mereka yang menerima sedekah itu tidak tahu siapa yang memberi sedekah itu.

Oleh itu mengeluarkan zakat dan bersedekah hendaklah dengan cara terang-terangan adalah lebih baik untuk mengelak fitnah dan tomahan orang yang menyangka dia tidak mengeluarkan zakat dan menjadi contoh kepada yang lain supaya sama-sama beramai menghulurkan sedekah membantu orang meskin.

( ..... lihat ayat 274, tentang sedekah siang dan malam).

.
[previous] [next] [next]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr