Monday, November 2, 2015

Khatam Surah An-Nisa

An-Nisa, dari  Ayat 101~110

101. Dan apabila kamu berpergian dibumi, maka tidak mengapa atas kamu bahawa kamu  boleh mengqasar sembahayang, jika kamu takut bahawa orang-orang yang kafir itu akan menganggu kamu, kerana sesungguhnya kafir-kafir itu adalah bagi kamu musuh yang nyata.

102. dan jika engkau ada diantara mereka dalam peperangan, lalu engkau dirikan sembahayang mengimam mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri bersama mu, dan hendaklah mereka pegang senjata-senjata mereka, lantas apabila mereka  sesudah sujud, maka hendaklah mereka ada dibelakang kamu, lantas hendaklah datang segolongan lain yang belum sembahyang, maka hendaklah mereka sembahayang bersama mu, dan hendaklah mereka ambil penjagaan mereka dan pegang senjata-senjata mereka.  Orang-orang  yang  kafir  itu ingin  jika kamu lalai daripada senjata-senjata kamu dan barang-barang kamu, lantas mereka boleh menyerang atas kamu satu serangan.  Tetapi tidak mengapa atas kamu – jika ada halangan bagi kamu dari hujan atau adalah kamu sakit – bahawa kamu taruh senjata-senjata kamu,  tetapi hendaklah kamu ambil penjagaan kamu, sesungguhnya Allah telah  sediakan  bagi orang-orang kafir itu azab yang menghina.

103. Lantas apabila kamu telah selesaikan sembahayang itu, maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri, dan sambil duduk, dan sambil berbaring, dan sambil duduk, dan sambil berbaring atas  rusuk-susuk kamu, tetapi apabila kamu telah tenteram, maka hendaklah kamu dirikan sembahayang seperti biasa, kerana sesungguhnya sembahayang itu adalah atas mukmin satu kewajiban yang ditentukan waktunya.

104. Dan jangan lah kamu lemah tentang mengajar kaum itu, Jika adalah kamu merasa sakit, maka mereka juga merasa sakit seperti kamu merasa sakit, tetapi kamu mengharap dari Allah ganjaran yang  mereka tidak harapkan dan adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.

105. Sesungguhnya kami telah turunkan kepada mu kitab ini dengan membawa kebenaran, supaya  engkau menghukum diantara manusia dengan faham yang Allah  tunjuk kan kepada mu, dan jangan lah engkau jadi pembela bagi orang-orang yang khainat.

106. Dan hendaklah  engkau mintakan ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya adalah Allah itu pengampun, penyayang.

107. Dan janganlah engkau membela orang-orang yang mengkhianati diri-diri mereka, kerana sesungguh nya Allah tidak suka orang yang khainat, yang berdosa.

108. Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi daripada Allah, pada hal ia ada bersama mereka diwaktu mereka mengatur-atur, pada malam, perkataan yang ia tidak reda, kerana adalah Allah maha meliputi ilmu Nya terhadap apa yang mereka kerjakan.

109. Awas ! kamu ini, orang-orang yang telah membela mereka itu dipenghidupan didunia. Maka siapakah yang akan membela mereka pada hari kiamat ? atau siapakah yang akan jadi pengurus atas mereka ?

110. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan atau ia menganyayai dirinya, kemudian ia minta ampun kepada Allah, nescaya ia dapati Allah itu pengampun, penyayang.              


Following Twitter,
[] https://twitter.com/normanajidgmail/status/661177332292448256



,

No comments:

Post a Comment