An-Nisa, dari Ayat 81~90
81. Dan mereka itu berkata “kami
taat” tetapi apabila berpisah daripada mu, maka segolongan dari mereka, mereka
mereka-reka pada malam lain dari yang mereka katakan tetapi Allah menulis apa
yang mereka reka-reka pada malam itu, lantaran itu berpalinglah dari mereka
yang berserah dirilah kepada Allah, kerana Allah itu cukup sebagai pembela.
82. Kalau bagitu, apakah
mereka tidak mahu tadbir akan Quran
? kerana jika adalah ia dari sisi yang
lain dari Allah, nescaya mereka dapati pada nya perselisihan yang banyak.
83. Dan apabila sampai
kepada mereka satu urusan dari keamanan atau ketakutan, maka mereka siar-siar
kan dia, pada hal jika mereka kembalikan dia kepada Rasul dan kepada
orang-orang yang berkuasa dari mereka, nescaya urusan itu diketahui oleh
sebahagian dari orang-orang yang menyelidiki nya, dan jika tidak ada kurnia
Allah atas kamu dan rahmatnya, nescaya kamu turut syaitan, kecuali sedikit dari
kamu.
84. Maka berperanglah
dijalan Allah – tidak diberatkan atas mu melainkan diri mu, tetapi kerahkan lah
mukmin, mudah-mudahan Allah menyikirkan kegagahan orang-orang yang kafir, kerana
Allah itu terlebih sangat gagah dan terlebih keras seksa nya yang menjadi
contoh.
85. Barang siapa mengenepi
satu ketetapan yang baik, nescaya adalah bagi nya bahagian dari itu, dan barang
siapa mengenepi satu kegenapan yang jahat, nescaya adalah baginya tangungan
dari itu, kerana adalah Allah jadi pengawal atas tiap-tiap sesuatu.
86. Dan apabila kamu diberi
rahmat dengan satu penghormatan, maka hendaklah kamu balas beri rahmat dengan cara
yang terlebih baik daripada nya, atau hendaklah kamu balas dia, kerana
sesungguhnya Allah itu adalah pengira
atas tiap-tiap sesuatu.
87. Allah itu tidak ada
Tuhan melainkan dia. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu kehari kiamat – tidak
ada syak padanya, kerana siapakah yang terlebih benar perkataan nya dari Allah ?
88. Maka mengapakah kamu jadi
dua golongan tentang kaum munafik itu, pada hal Allah telah juruskan mereka
dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan ? Apakah kamu mahu memimpin orang yang telah disesatkan oleh Allah,
kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak bakal engkau dapat
baginya satu jalan ?
89. Mereka suka jika kamu kufur, sebagaimana mereka kufur supaya kamu jadi
sama, lantaran itu, janganlah kamu ambil
sahabat-sahabat dari mereka, hingga mereka ber hijrah dijalan Allah, tetapi
jika mereka berpaling, maka tawan lah akan mereka dan bunuhlah mereka
dimana-mana sahaja kamu bertemu mereka, dan jangan lah kamu jadikan diri mereka
seorang sahabat dan jangan seorang pembantu.
90. Kecuali orang-orang yang
sampai kepada satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian,
atau mereka datang kepada kamu, pada hal sempit dada mereka buat memerangi kamu
atau memerangi kaum mereka, pada hal jika Allah kehendaki, nescaya ia jadikan
mereka berkuasa melawan kamu, lalu memerangi kamu. Lantaran itu, jika mereka
tinggalkan kamu, iaitu mereka tidak memerangi kamu dan mereka tawarkan kepada
kamu perdamaian, maka Allah tidak jadikan satu jalan buat kamu atas mereka.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/normanajidgmail/status/661088559475003392
,