Monday, November 2, 2015

Khatam Surah An-Nisa

An-Nisa, dari  Ayat 121~130

121. Mereka itu tempat kembali mereka ialah dijahanam, dan mereka tidak akan dapat lari daripada nya.

122. Dan orang-orang yang beriman  dan beramal soleh itu, kami akan masukkan mereka ke syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, didalam keadaan kekal padanya, selama-lama nya sebagai satu perjanjian Allah yang sunguh-sungguh kerana bukankah tidak ada yang terlebih benar ceritanya daripada Allah ?

123. Bukan angan-angan  kamu dan bukan angan-angan ahli kitab, barang siapa mengerjakan kejahatan ia akan dibalas dengan itu, dan tidak akan ia dapat selain dari Allah, seorang pun pengurus dan tidak seorang pun penolong.

124. Dan barang siapa mengerjakan kebaikan-kebaikan dari laki-laki atau perempuan, pada hal ia mukmin maka mereka itu akan masuk syurga, dan tidak akan dianyayai mereka walau pun sedikit.

125. Dan sesungguhnya  yang lebih bagus agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah pada hal ia berbuat kebaikan dan ia menurut agama Ibrahim yang ikhlas ?  lantaran Allah telah jadikan Ibrahim itu kekasih nya.

126. Dan kepunyaan Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan adalah Allah itu melewati tiap-tiap suatu.

127. Dan mereka akan minta keterangan kepada mu tentang perempuan-perempuan. Katakan lah; “Allah akan memberi keterangan kepada kamu tentang mereka, dan juga apa-apa yang dibacakan kepada kamu didalam kitab ini  tentang anak-anak yatim  perempuan yang kamu tidak mahu berikan kepada mereka apa yang diwajibkan untuk mereka, pada hal kamu suka bernikah dengan mereka dan bagitu juga tentang anak-anak yang lemah, pada hal kalau kamu urus anak-anak yatim itu dengan adil, dan kalau kamu kerjakan apa-apa kebaikan, sesugguhnya adalah Allah itu mengetahui akan dia.

128. Dan jika seorang perempuan takut terbit dari suaminya kebencian atau perpalingan, maka tidak mengapa atas mereka berdua membuat satu perdamaian antara mereka berdua, kerana perdamaian itu baik, pada hal hati-hati manusia itu diberi perangai kikir, tetapi jika kamu berbuat baik dan kamu berbakti, maka sesungguhnya adalah Allah itu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan.

129. Dan kamu tidak akan boleh adil betul-betul diantara perempuan-perempuan, walau pun kamu mahu sungguh-sungguh, lantaran itu, janganlah kamu condong, hingga kamu tinggalkan seorang perempuan sebagai satu benda yang tergantung, pada hal jika kamu berbuat damai dan kamu pelihara diri kamu, maka sesungguhnya adalah Allah itu pengampun, penyayang.

130. Dan jika mereka berdua berpisah, maka Allah akan cukupkan tiap-tiap seorang dengan kurnia nya, kerana adalah Alah itu luas kurnia nya, bijaksana.


Following Twitter,
[] https://twitter.com/normanajidgmail/status/661185577035788288


,

Khatam Surah An-Nisa

An-Nisa, dari  Ayat 101~110

101. Dan apabila kamu berpergian dibumi, maka tidak mengapa atas kamu bahawa kamu  boleh mengqasar sembahayang, jika kamu takut bahawa orang-orang yang kafir itu akan menganggu kamu, kerana sesungguhnya kafir-kafir itu adalah bagi kamu musuh yang nyata.

102. dan jika engkau ada diantara mereka dalam peperangan, lalu engkau dirikan sembahayang mengimam mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri bersama mu, dan hendaklah mereka pegang senjata-senjata mereka, lantas apabila mereka  sesudah sujud, maka hendaklah mereka ada dibelakang kamu, lantas hendaklah datang segolongan lain yang belum sembahyang, maka hendaklah mereka sembahayang bersama mu, dan hendaklah mereka ambil penjagaan mereka dan pegang senjata-senjata mereka.  Orang-orang  yang  kafir  itu ingin  jika kamu lalai daripada senjata-senjata kamu dan barang-barang kamu, lantas mereka boleh menyerang atas kamu satu serangan.  Tetapi tidak mengapa atas kamu – jika ada halangan bagi kamu dari hujan atau adalah kamu sakit – bahawa kamu taruh senjata-senjata kamu,  tetapi hendaklah kamu ambil penjagaan kamu, sesungguhnya Allah telah  sediakan  bagi orang-orang kafir itu azab yang menghina.

103. Lantas apabila kamu telah selesaikan sembahayang itu, maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri, dan sambil duduk, dan sambil berbaring, dan sambil duduk, dan sambil berbaring atas  rusuk-susuk kamu, tetapi apabila kamu telah tenteram, maka hendaklah kamu dirikan sembahayang seperti biasa, kerana sesungguhnya sembahayang itu adalah atas mukmin satu kewajiban yang ditentukan waktunya.

104. Dan jangan lah kamu lemah tentang mengajar kaum itu, Jika adalah kamu merasa sakit, maka mereka juga merasa sakit seperti kamu merasa sakit, tetapi kamu mengharap dari Allah ganjaran yang  mereka tidak harapkan dan adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.

105. Sesungguhnya kami telah turunkan kepada mu kitab ini dengan membawa kebenaran, supaya  engkau menghukum diantara manusia dengan faham yang Allah  tunjuk kan kepada mu, dan jangan lah engkau jadi pembela bagi orang-orang yang khainat.

106. Dan hendaklah  engkau mintakan ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya adalah Allah itu pengampun, penyayang.

107. Dan janganlah engkau membela orang-orang yang mengkhianati diri-diri mereka, kerana sesungguh nya Allah tidak suka orang yang khainat, yang berdosa.

108. Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi daripada Allah, pada hal ia ada bersama mereka diwaktu mereka mengatur-atur, pada malam, perkataan yang ia tidak reda, kerana adalah Allah maha meliputi ilmu Nya terhadap apa yang mereka kerjakan.

109. Awas ! kamu ini, orang-orang yang telah membela mereka itu dipenghidupan didunia. Maka siapakah yang akan membela mereka pada hari kiamat ? atau siapakah yang akan jadi pengurus atas mereka ?

110. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan atau ia menganyayai dirinya, kemudian ia minta ampun kepada Allah, nescaya ia dapati Allah itu pengampun, penyayang.              


Following Twitter,
[] https://twitter.com/normanajidgmail/status/661177332292448256



,

Sunday, November 1, 2015

Khatam Surah An-Nisa

An-Nisa, dari  Ayat 81~90

81. Dan mereka itu berkata “kami taat” tetapi apabila berpisah daripada mu, maka segolongan dari mereka, mereka mereka-reka pada malam lain dari yang mereka katakan tetapi Allah menulis apa yang mereka reka-reka pada malam itu, lantaran itu berpalinglah dari mereka yang berserah dirilah kepada Allah, kerana Allah itu cukup sebagai pembela.

82. Kalau bagitu, apakah mereka  tidak mahu tadbir akan Quran ?  kerana jika adalah ia dari sisi yang lain dari Allah, nescaya mereka dapati pada nya perselisihan yang banyak.

83. Dan apabila sampai kepada mereka satu urusan dari keamanan atau ketakutan, maka mereka siar-siar kan dia, pada hal jika mereka kembalikan dia kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa dari mereka, nescaya urusan itu diketahui oleh sebahagian dari orang-orang yang menyelidiki nya, dan jika tidak ada kurnia Allah atas kamu dan rahmatnya, nescaya kamu turut syaitan, kecuali sedikit dari kamu.

84. Maka berperanglah dijalan Allah – tidak diberatkan atas mu melainkan diri mu, tetapi kerahkan lah mukmin, mudah-mudahan Allah menyikirkan kegagahan orang-orang yang kafir, kerana Allah itu terlebih sangat gagah dan terlebih keras seksa nya yang menjadi contoh.

85. Barang siapa mengenepi satu ketetapan yang baik, nescaya adalah bagi nya bahagian dari itu, dan barang siapa mengenepi satu kegenapan yang jahat, nescaya adalah baginya tangungan dari itu, kerana adalah Allah jadi pengawal atas tiap-tiap sesuatu.

86. Dan apabila kamu diberi rahmat dengan satu penghormatan, maka hendaklah kamu balas beri rahmat dengan cara yang terlebih baik daripada nya, atau hendaklah kamu balas dia, kerana sesungguhnya Allah itu adalah  pengira atas tiap-tiap sesuatu.

87. Allah itu tidak ada Tuhan melainkan dia. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu kehari kiamat – tidak ada syak padanya, kerana siapakah yang terlebih benar  perkataan nya dari Allah ?

88. Maka mengapakah kamu jadi dua golongan tentang kaum munafik itu, pada hal Allah telah juruskan mereka dengan sebab  apa yang mereka telah usahakan ? Apakah kamu mahu memimpin orang yang telah disesatkan oleh Allah, kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak bakal engkau dapat baginya satu jalan ?

89. Mereka suka jika kamu kufur, sebagaimana mereka kufur supaya kamu jadi sama, lantaran itu, janganlah  kamu ambil sahabat-sahabat dari mereka, hingga mereka ber hijrah dijalan Allah, tetapi jika mereka berpaling, maka tawan lah akan mereka dan bunuhlah mereka dimana-mana sahaja kamu bertemu mereka, dan jangan lah kamu jadikan diri mereka seorang sahabat dan jangan seorang pembantu.

90. Kecuali orang-orang yang sampai kepada satu kaum yang antara kamu dan antara mereka ada satu perjanjian, atau mereka datang kepada kamu, pada hal sempit dada mereka buat memerangi kamu atau memerangi kaum mereka, pada hal jika Allah kehendaki, nescaya ia jadikan mereka berkuasa melawan kamu, lalu memerangi kamu. Lantaran itu, jika mereka tinggalkan kamu, iaitu mereka tidak memerangi kamu dan mereka tawarkan kepada kamu perdamaian, maka Allah tidak jadikan satu jalan buat kamu atas mereka.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/normanajidgmail/status/661088559475003392


Wednesday, August 12, 2015

Ulasan Surah Al-Balad.



Surah 90:   
 
AL BALAD (kota).

Surah Al Balad terdiri atas 20 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Qaaf.

Dinamai “Al Balad” diambil  dari perkataan “Al Balad” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.  Yang dimaksud dengan kota disini ialah kota Mekah.



Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Balad (1~20),     
[BS]
http://menunew.blogspot.com/2013/09/90.html



.